»
NEWS » Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan penanda aras daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SERDANG, 1 Oktober 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan penanda aras daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Delegasi ini diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah PPPI USIM, bersama lima orang pegawai PPPI.
Dalam lawatan ini, delegasi diberi penerangan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan) PSP. Sesi perkongsian tersebut menekankan aspek pengurusan harta intelek (IP) dan pengkomersilan, pembangunan startup, Program Innohub, serta inisiatif Putra Dynamics yang menjadi tonggak ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi UPM.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua universiti, selain memberi inspirasi kepada PPPI USIM dalam memperkukuh pengurusan penyelidikan dan inovasi di peringkat institusi.
Date of Input: 01/10/2025 |
Updated: 01/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING