SERDANG, 2 Disember 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan akademik daripada Monash University Malaysia melalui Program Research, Experimentation and Discovery (RED), sebuah program pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah penyelidikan merentas disiplin serta penerjemahan hasil kajian ke dalam konteks dunia sebenar. Ketibaan delegasi Monash telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, yang turut berkongsi peranan PSP sebagai hab inovasi dan pemangkin pengkomersialan teknologi UPM.
Sesi yang diadakan di PSP telah melibatkan seramai 30 peserta merangkumi pelajar dan staf akademik Monash University Malaysia. Mereka berpeluang mengenali lebih dekat proses pengurusan inovasi di UPM serta pendedahan kepada perjalanan penyelidikan yang mampu memberi impak tinggi kepada industri dan masyarakat. Kunjungan ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa pembangunan inovasi dan ekosistem penyelidikan negara.
Date of Input: 02/12/2025 |
Updated: 02/12/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING