Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) Telah Menerima Kunjungan Balas Daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

SERDANG, 12 Mei 2026 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh Ts. Muhammad Lofty Abd Karim, Ketua Bahagian Stakeholder Future Enablement.
 
Sesi kunjungan dimulakan dengan pembentangan cadangan “UPM Digital Agri Sandbox” oleh Pengarah PSP, Prof. Dr. Samsilah Roslan. Pembentangan tersebut memfokuskan kepada pembangunan ekosistem pertanian pintar berasaskan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
 
Turut dibincangkan ialah pelaksanaan projek rintis AI Agri Sandbox UPM di Sawah Sempadan, Sekinchan yang bakal mengintegrasikan teknologi AI, Internet of Things (IoT), dron autonomi, analitik data serta inovasi agroteknologi UPM untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor pertanian.
 
Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala antara pihak UPM dan MCMC berkaitan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan transformasi digital sektor agromakanan negara melalui pembangunan infrastruktur komunikasi dan teknologi pintar.
 
May be an image of text

Date of Input: 12/05/2026 | Updated: 12/05/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:04:31pm-08:09:31pm, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]