Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) Telah Menerima Kunjungan Delegasi Daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

SERDANG, 16 Julai - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diketuai oleh YBhg. Tuan Shamsul Nizam Bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguat Kuasa KPDN, serta diiringi oleh YBrs. Peter J. Berinus Agang, Pengarah Seksyen Harta Intelek bersama pegawai-pegawai lain dari seksyen berkenaan.
 
Lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah PSP, yang mengetengahkan peranan PSP dalam memperkasa ekosistem inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan UPM.
 
Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala berkaitan harta intelek dan hak pengguna, termasuk potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh perlindungan inovasi dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek.
 
Delegasi kemudiannya dibawa melawat Lipidware Sdn. Bhd., syarikat pemula UPM yang berjaya mengkomersilkan teknologi penyelidikan universiti, bagi melihat sendiri impak inovasi UPM kepada industri dan masyarakat.
 
May be an image of ambulance and text

Date of Input: 16/07/2026 | Updated: 16/07/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (07:47:15am-07:52:15am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]