Putra Science Park Terima Kunjungan Industri Enche Sdn Bhd, Bincang Peluang Komersialisasi Produk Health & Well-Being | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Putra Science Park Terima Kunjungan Industri Enche Sdn Bhd, Bincang Peluang Komersialisasi Produk Health & Well-Being

Putra Science Park Terima Kunjungan Industri Enche Sdn Bhd, Bincang Peluang Komersialisasi Produk Health & Well-Being

Serdang, 22 Januari 2025 – Putra Science Park (PSP), UPM telah menerima kunjungan industri daripada Dato’ Mahir, wakil Enche Sdn Bhd, yang diperkenalkan oleh penyelidik UPM, Dr. Haniff Jaafar. Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam komersialisasi produk inovasi berasaskan kesihatan dan kesejahteraan (Health & Well-Being) yang dibangunkan oleh penyelidik UPM.

Dalam sesi perbincangan, pihak industri menunjukkan minat yang tinggi terhadap beberapa produk yang berpotensi dipasarkan. PSP berperanan sebagai pemudah cara dalam menghubungkan penyelidik UPM dengan pemain industri bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan pengkomersilan produk penyelidikan. Beberapa aspek penting seperti nilai pasaran, keperluan industri, dan strategi pemasaran turut dibincangkan bagi memastikan kejayaan penembusan produk ke pasaran.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasa ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi melalui kolaborasi erat antara universiti dan industri. PSP terus komited dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bagi memastikan penyelidikan universiti memberi impak kepada pembangunan industri dan kesejahteraan masyarakat.

Date of Input: 22/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:34:22pm-03:39:22pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]