Putra Science Park UPM & Bumi Teraju Sdn. Bhd. Buka Potensi Baharu Pengkomersilan Teknologi Jalan Raya | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Putra Science Park UPM & Bumi Teraju Sdn. Bhd. Buka Potensi Baharu Pengkomersilan Teknologi Jalan Raya

Putra Science Park UPM & Bumi Teraju Sdn. Bhd. Buka Potensi Baharu Pengkomersilan Teknologi Jalan Raya

Serdang, 18 April 2025 — Satu perbincangan awal yang produktif telah berlangsung antara Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan syarikat Bumi Teraju Sdn. Bhd. bagi meneroka peluang kerjasama pengkomersilan teknologi dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya.

Perbincangan ini bertujuan menilai potensi teknologi inovasi UPM untuk diaplikasikan dalam sektor infrastruktur negara, khususnya bagi mempertingkatkan mutu serta kecekapan perkhidmatan jalan raya. Antara topik yang disentuh termasuk pelaksanaan teknologi pintar, bahan binaan berinovasi, serta sistem penyelenggaraan mesra alam yang mampu memberi impak positif kepada pengguna jalan raya dan pembangunan negara.

Perbincangan lanjut akan diadakan melibatkan pihak penyelidik UPM, PSP serta Bumi Teraju Sdn. Bhd. bagi memperincikan potensi teknologi tersebut serta perbincangan berkenaan terma-terma pelesenan yang relevan.

Putra Science Park UPM optimis bahawa kerjasama strategik ini bukan sahaja dapat memperkasakan inovasi tempatan, malah berupaya memberi manfaat besar kepada negara serta menyediakan perkhidmatan jalan raya yang lebih selamat, berkualiti dan lestari untuk rakyat.

Date of Input: 18/04/2025 | Updated: 18/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:10:21pm-09:15:21pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]