Putra Science Park UPM Perkukuh Jaringan Inovasi Serantau Melalui UIHP 2023–2026 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Putra Science Park UPM Perkukuh Jaringan Inovasi Serantau Melalui UIHP 2023–2026

Putra Science Park UPM Perkukuh Jaringan Inovasi Serantau Melalui UIHP 2023–2026

Dhaka, Bangladesh – 8 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus melakar pencapaian antarabangsa apabila Pengarah Putra Science Park (PSP), Prof. Dr. Samsilah Roslan, menghadiri mesyuarat bersemuka bersama World Bank dan Bangladesh Hi-Tech Park Authority (BHTPA) yang berlangsung di ibu pejabat The World Bank, Dhaka, sempena pelaksanaan projek University Innovation Hub Project (UIHP) 2023–2026.
 
Mesyuarat ini membincangkan pelan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, kerajaan dan agensi pembangunan global dalam memperkukuh ekosistem inovasi universiti di rantau Asia. Dalam pertemuan ini, Prof. Dr. Samsilah turut mempromosikan peranan UPM dan Putra Science Park sebagai peneraju pengkomersialan teknologi, pembangunan startup R&D dan platform pemindahan teknologi universiti-industri yang telah terbukti berjaya.
 
Pihak World Bank dan BHTPA menzahirkan minat yang tinggi untuk menjalin hubungan kolaboratif bersama UPM, dan telah menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke kampus UPM serta Putra Science Park pada Jun atau Julai 2025, bersama pasukan mentor projek UIHP.
 
Lawatan ini dijangka membuka ruang bagi pertukaran pengetahuan dan adaptasi model inovasi universiti yang berjaya ke dalam konteks pembangunan negara membangun.
Penyertaan PSP UPM dalam inisiatif ini menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen UPM dalam memperkukuh inovasi berdampak global, dan menempatkan Malaysia sebagai antara rakan strategik utama dalam membina jaringan hab inovasi serantau di bawah naungan World Bank.
 
Putra Science Park akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong misi UIHP serta memacu agenda inovasi negara melalui jaringan kerjasama antarabangsa yang strategik.

Date of Input: 09/05/2025 | Updated: 09/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:54:58am-08:59:58am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]