20 Februari 2025 - Pameran PAKAR Pertanian expo anjuran Academy of Tropical Agricultural Sciences Association (ATAS) telah diadakan pada 20 hingga 25 Februari 2025 di Maeps, Serdang. Pameran ini merangkumi PAKAR dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan, dan process and pack sebagai platform utama untuk mempamerkan kepintaran, ketahanan, dan kepelbagaian sektor pertanian di rantau kita. Selain pameran, expo ini juga mempersembahkan aktiviti sepertui seminar, persidangan, dan sesi interaktif yang menyelami trend, teknologi, dan amalan terbaik terkini yang membentuk masa depan pertanian. Expo ini menjanjikan menjadi perhimpunan dinamik bagi profesional industri, inovator, dan peminat, yang semuanya bersemangat untuk membentuk masa depan pertanian.
Putra Science Park, UPM telah mendapat jemputan bagi menyertai pameran ini selama 3 hari, dan berpeluang membawa beberapa inovasi daripada UPM untuk dipamerkan juga menerangkan kepakaran UPM di dalam bidang pertanian merangkumi tumbuhan, peternakan, dan perikanan kepada industri luar untuk menarik minat berkolaborasi dalam penyelidikan atau mendapatkan persetujuan perlesenan inovasi (pengkomersilan).
PSP, UPM turut mempromosikan Program IdeaVault iaitu salah satu program di bawah Festival Idea Putrajaya yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan mengumpulkan 100,000 idea inovatif rakyat Malaysia yang meliputi pelbagai golongan antaranya orang awam, pelajar sekolah, universiti, warga komuniti, penjawat awam dan swasta tanpa mengira bangsa. IdeaVault juga diwujudkan bagi menggalakkan cetusan dan pengumpulan pelbagai idea hebat yang boleh direalisasikan. Inisiatif ini bertujuan membudayakan penyelesaian masalah yang praktikal, boleh diimplementasi, realistik dan efektif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Date of Input: 22/02/2025 |
Updated: 22/02/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING