Rundingan Pelesenan Teknologi DyslexiaBelajar: UPM & UEmpower Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Rundingan Pelesenan Teknologi DyslexiaBelajar: UPM & UEmpower Sdn. Bhd.

Rundingan Pelesenan Teknologi DyslexiaBelajar: UPM & UEmpower Sdn. Bhd.

Pada 7 Februari 2025, sesi rundingan pengkomersialan telah diadakan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UEmpower Sdn. Bhd., dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pn. Zarina Muhamed. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman bagi membincangkan terma-terma pelesenan DyslexiaBelajar, teknologi inovatif yang dibangunkan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Novia Indriati Asmodisastro dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UPM.

DyslexiaBelajar adalah aplikasi mudah alih berasaskan realiti tambahan (AR) yang direka untuk menyokong pelajar disleksia dalam mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Teknologi ini menyediakan intervensi digital interaktif yang membantu pelajar mengatasi cabaran pembelajaran mereka secara lebih sistematik. Keberkesanan aplikasi ini membuktikan potensinya dalam menyokong institusi pendidikan dan agensi berkaitan dalam menangani isu keciciran pelajar di sekolah. Rundingan ini menjadi langkah penting dalam memastikan teknologi inovatif UPM dapat dimanfaatkan secara meluas demi masa depan pendidikan inklusif.

Date of Input: 27/02/2025 | Updated: 27/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (10:03:32pm-10:08:32pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]