Sambutan Bulan Digital UPM 2025 Membuka Tirai Dengan Penuh Semangat Inovasi Selaras Dengan Tema “Digital First, Innovation Always” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Sambutan Bulan Digital UPM 2025 membuka tirai dengan penuh semangat inovasi selaras dengan tema “Digital First, Innovation Always”

Sambutan Bulan Digital UPM 2025 membuka tirai dengan penuh semangat inovasi selaras dengan tema “Digital First, Innovation Always”

Sambutan Bulan Digital UPM 2025 membuka tirai dengan penuh semangat inovasi selaras dengan tema “Digital First, Innovation Always”, menzahirkan komitmen Universiti Putra Malaysia dalam memacu transformasi digital di kampus. Inisiatif ini menjadi platform penting untuk memperkasa warga UPM dalam mendepani arus teknologi semasa, termasuk kecerdasan buatan (AI), seiring Kerangka Transformasi Digital UPM dan aspirasi strategi Digital First. Pelbagai program, demonstrasi teknologi serta pameran digital dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran, literasi dan kesiapsiagaan warga universiti terhadap keperluan masa depan yang semakin didorong oleh teknologi pintar.
 
Putra Science Park (PSP) turut memeriahkan pameran dengan mengetengahkan inovasi e-Kupon, iaitu sistem tanpa tunai sekolah yang inklusif dan direka untuk memudahkan urus niaga kantin serta kedai buku melalui penggunaan kad pintar pelajar. Selain berfungsi sebagai kad pelajar, sistem ini turut disokong aplikasi mesra pengguna untuk rekod kehadiran pelajar secara lebih mudah, efisien dan selamat. Pendekatan digital ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko pengendalian wang tunai, malah menyokong aspek kebersihan dan kesihatan pelajar – menjadikan e-Kupon satu penyelesaian moden yang wajar diberi keutamaan dalam persekitaran pendidikan masa kini.

Date of Input: 09/12/2025 | Updated: 09/12/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:02:19pm-09:07:19pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]