1 Julai 2026: Satu sesi perbincangan di antara Putra Science Park (PSP) dan GCNT Sdn. Bhd. telah diadakan bagi pelesenan baharu teknologi “AN ELECTROMAGNETIC INTERFERENCE (EMI) SHIELDING COMPOSITE”. Paten yang akan dilesenkan ini adalah hasil penyelidikan oleh Dr Ismayadi bin Ismail dari Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2).
Teknologi ini adalah bahan komposit perisai gangguan elektromagnet (EMI shielding composite). Ia adalah bahan pelindung yang direka untuk menyerap atau menyekat gangguan elektromagnet yang boleh menjejaskan prestasi peranti elektronik.
Perbincangan bersama penyelidik UPM dan syarikat ini telah dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park) bersama dengan pegawai Cik Suzalina Akma Awing, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan PSP.
Date of Input: 01/07/2026 |
Updated: 01/07/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING