Satu Sesi Perbincangan Di Antara Putra Science Park (PSP) Dengan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Fakulti Kejuruteraan Telah Diadakan Secara Maya | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Satu sesi perbincangan di antara Putra Science Park (PSP) dengan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Fakulti Kejuruteraan telah diadakan secara maya

Satu sesi perbincangan di antara Putra Science Park (PSP) dengan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Fakulti Kejuruteraan telah diadakan secara maya

25 September 2025: Satu sesi perbincangan di antara Putra Science Park (PSP) dengan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Fakulti Kejuruteraan telah diadakan secara maya. Perbincangan kali pertama dengan penyelidik bagi teknologi Hakcipta ”VERSMAP”. Teknologi ini telah menarik perhatian organisasi “Center for Agro-Ecological Promotion (CAEP) daripada Cameroon (Central African).
 
Organisasi ini mendapati bahawa teknologi “VERSMAP” ini berkeupayaan menghasilkan kuantiti Azolla yang banyak untuk sebulan dalam sistem padat berlapis. Selaras dengan matlamat CAEP untuk mengurangkan kos makanan ternakan untuk petani tempatan mereka dan penternakan lestari. Penjimatan kos sebanyak 50% dan kemudahan penyelenggaraan menjadikan teknologi ini menarik perhatian CAEP. PSP dan penyelidik bersetuju akan mengadakan perbincangan lanjut dan Kerjasama pengkomersilan dengan organisasi.
 
Perbincangan ini telah dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park) bersama dengan pegawai Cik Suzalina Akma Awing, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan PSP.

Date of Input: 25/09/2025 | Updated: 25/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:16:17pm-09:21:17pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]