Satu Sesi Perbincangan Secara Atas Talian Di Antara Putra Science Park (PSP) Dan Syarikat Iweka Digital Sdn. Bhd. Telah Diadakan Bagi Membincangkan Tiga Teknologi Inovatif Daripada Fakulti Kejuruteraan UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Satu sesi perbincangan secara atas talian di antara Putra Science Park (PSP) dan syarikat Iweka Digital Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membincangkan tiga teknologi inovatif daripada Fakulti Kejuruteraan UPM

Satu sesi perbincangan secara atas talian di antara Putra Science Park (PSP) dan syarikat Iweka Digital Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membincangkan tiga teknologi inovatif daripada Fakulti Kejuruteraan UPM

15 Januari 2026: Satu sesi perbincangan secara atas talian di antara Putra Science Park (PSP) dan syarikat Iweka Digital Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membincangkan tiga teknologi inovatif daripada Fakulti Kejuruteraan UPM.
 
Antara teknologi yang dibincangkan ialah teknologi “Thermal Imaging for Palm Fruits Maturity & Quality” hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdul Rashid Bin Mohamed Shariff yang membantu menentukan tahap kematangan dan kualiti buah kelapa sawit berdasarkan suhu buah, yang berpotensi besar untuk pasaran industri perladangan, khususnya di Indonesia.
 
Turut dibentangkan ialah dua teknologi hasil penyelidikan Prof. Dr. Siti Khairunniza Binti Bejo dan kumpulan penyelidik bagi pengesanan awal penyakit Ganoderma pada pokok sawit, iaitu “Spectral Properties System (SPS) for Basal Rot Disease Detection in Oil Palm Trees” yang dapat membantu memantau kesihatan pokok dan memaparkannya dalam bentuk peta serta teknologi “Soil Sensor Network System (SSNS) for Ganoderma Boninense Infection Detection in Oil Palm Seedlings” yang menggunakan sensor tanah untuk mengesan perubahan tanah dan memberi amaran awal kepada pengguna melalui aplikasi.
 
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park) bersama dengan pegawai-pegawai PSP dan para penyelidik UPM. Hasil perbincangan, pihak syarikat telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama R&D dan pengkomersilan bersama UPM.

Date of Input: 16/01/2026 | Updated: 16/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:18:39pm-12:23:39pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]