Serdang, 8 September 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan daripada Sekolah Alam Shah (Putrajaya) yang membawa seramai 12 orang pelajar dari Jepun bagi melihat dengan lebih dekat teknologi dan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik UPM. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai perkembangan penyelidikan, inovasi serta pengkomersialan teknologi di peringkat universiti.
Turut hadir menyambut rombongan ialah Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan serta Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan), Prof. Madya Ir. Dr. Nur ‘Aliaa Abd Rahman. Kehadiran mereka menyerlahkan komitmen PSP dalam memupuk jaringan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, sekali gus memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Jepun.
Sebagai pusat pengurusan harta intelek dan pengkomersialan teknologi UPM, Putra Science Park sentiasa mengalu-alukan lawatan sebegini yang bukan sahaja memperkenalkan pencapaian universiti di peringkat global, malah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus meminati bidang sains, teknologi dan inovasi.
Date of Input: 08/09/2025 |
Updated: 08/09/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING