Sesi InnoHub Talk Bersama Pihak MRANTI Dan MTDC Ini Memberi Pendedahan Mengenai MySTI, Iaitu Satu Inisiatif Nasional Di Bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Serta Kementerian Kewangan (MOF) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Sesi InnoHub Talk bersama pihak MRANTI dan MTDC ini memberi pendedahan mengenai MySTI, iaitu satu inisiatif nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kewangan (MOF)

Sesi InnoHub Talk bersama pihak MRANTI dan MTDC ini memberi pendedahan mengenai MySTI, iaitu satu inisiatif nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kewangan (MOF)

Sesi ini telah dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz Hamzah (MRANTI) serta Encik Muhammad Hussaini Mohd Mustafa (MTDC).
 
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Noor Fadilah Ayu Wichi, Pegawai Eksekutif, selaku pengendali sesi. Turut hadir ialah Dr. Nur Fadhilah Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
 
Sesi InnoHub Talk bersama pihak MRANTI dan MTDC ini memberi pendedahan mengenai MySTI, iaitu satu inisiatif nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kewangan (MOF) yang bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi tempatan oleh agensi kerajaan. Sesi ini turut menerangkan proses permohonan sijil dan logo MySTI yang diuruskan oleh MRANTI melalui Jawatankuasa Kelulusan MySTI, serta peranan MTDC dalam menyediakan pembiayaan bagi menyokong penggunaan produk yang telah mendapat pensijilan MySTI.
 
Selain itu, sesi ini juga menghuraikan proses permohonan MySTI, persediaan yang perlu dilakukan oleh syarikat pemula, masa yang sesuai untuk memohon, serta peluang pembiayaan seperti Dana Uji Beli dan Dana Mudah Cara, termasuk panduan permohonan.
 
Seramai 109 peserta telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada 97 peserta secara dalam talian dan 12 peserta secara fizikal, melibatkan InnoHubbers serta warga UPM.

Date of Input: 09/04/2026 | Updated: 09/04/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:59:46pm-09:04:46pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]