31 Oktober 2025 – Sesi menandatangani perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM “Maskot Putra Rimba dan Modul Kem Rimba Rimbun” (Hakcipta) bersama syarikat MyRimba Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemula di bawah Program InnoHub, PSP UPM.
Teknologi ini dibangunkan oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Ia bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan memelihara hutan dan alam sekitar melalui pendekatan pembelajaran menyeronokkan menggunakan watak adiwira “PUTRA Rimba”. Modul Kem Rimba Rimbun ini merangkumi 10 topik utama yang disediakan dalam pelbagai bahasa, serta dilengkapi aktiviti fizikal, permainan, dan bahan multimedia bagi menarik minat kanak-kanak.
Perjanjian ditandatangani oleh Cik Riana Liau Kang Ya, Ketua Pegawai Eksekutif MyRimba Sdn. Bhd., dan disaksikan oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus selaku Pengarah Urusan syarikat.
Date of Input: 01/11/2025 |
Updated: 01/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING