7 Ogos 2026: Sesi Menandatangani Perjanjian Pelesenan Harta Intelek bagi inovasi "Module Procrastinate To Productive: Thesis Writing Mastery" antara UPM dan Cre8tive Brainy Box Sdn. Bhd.
Inovasi ini merupakan hasil penyelidikan Prof. Madya Dr. Radhiah binti Shukri dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Modul ini dibangunkan bagi membantu pelajar Sarjana dan Ph.D. mengatasi cabaran penulisan tesis, pengurusan masa, penyusunan tesis dan pembinaan keyakinan diri melalui pendekatan yang praktikal dan sistematik.
Cre8tive Brainy Box Sdn. Bhd. diwakili oleh Puan Nordalila Binti Mohamed Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Sarina binti Abdul Halim Lim, Task Force dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, dan dihoskan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan Inovasi), Putra Science Park.
Date of Input: 08/08/2026 |
Updated: 08/08/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING