21 Oktober 2025: Telah diadakan Sesi One To One Coaching Program Pemerkasaan Syarikat Pemula InnoHub (PPSPI) bersama Panel Industri, Encik Zakir Dato' Wira Jaafar, melibatkan dua (2) Projek InnoHub iaitu :
1) Prof. Madya Dr. Maimunah Binti Sanny ( Moringa Oleifera Seed Extract-Based Functional Ingredient and Beverage )
2) Prof. Madya Dr. Susilawati Binti Kasim ( Production Of Biostimulant-Based Organo-Mineral Fertilizer From Selected Wastes )
Pihak Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel industri, Encik Zakir Dato' Wira Jaafar atas inisiatif dan komitmen beliau untuk mengadakan sesi one to one coaching ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran serta ahli kumpulan yang terlibat kerana komitmen yang diberikan sepanjang sesi ini.
Semoga semua projek di bawah bimbingan Program Pemerkasaan Syarikat Pemula InnoHub (PPSPI) dapat mencapai matlamat yang ingin di capai di dalam program ini.
Date of Input: 23/10/2025 |
Updated: 23/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING