Klang, 4 September 2025 – Sesi pembentangan dalam Bengkel Pelan Tindakan bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 telah berlangsung pada 2 hingga 4 September 2025 di Hotel Wyndham Acmar, Klang. Bengkel ini menghimpunkan pakar akademia dan pemegang taruh utama bagi memperincikan strategi pelaksanaan pelan pendidikan tinggi negara untuk dekad mendatang.
Antara fokus utama adalah Lonjakan 6 – Responsible Research, Development, Innovation, Commercialisation & Entrepreneurship (RDICE) yang menekankan kepentingan penyelidikan dan inovasi beretika serta memberi impak mampan kepada masyarakat, industri dan negara.
Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Science Park turut memainkan peranan penting apabila Pengarahnya, Prof.r Dr. Samsilah Binti Roslan, dijemput sebagai pakar rujuk dan turut membuat pembentangan strategik. Kehadiran beliau memperkukuh kedudukan UPM dalam ekosistem inovasi negara, di samping menyumbang pandangan strategik bagi memperkasakan agenda pengkomersialan dan keterjaminan impak penyelidikan.
Pembentangan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan pelan tindakan yang lebih inklusif, holistik dan berdaya saing, seterusnya memastikan aspirasi PPTM 2025-2035 dapat direalisasikan demi kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia di persada global.
Date of Input: 04/09/2025 |
Updated: 04/09/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING