Sesi Pembentangan Laporan Akhir Projek InnoHub Oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan Bertajuk “Drone Frame Kit Made Up Of Natural Fiber” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Sesi Pembentangan Laporan Akhir Projek InnoHub oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan bertajuk “Drone Frame Kit Made up of Natural Fiber”

Sesi Pembentangan Laporan Akhir Projek InnoHub oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan bertajuk “Drone Frame Kit Made up of Natural Fiber”

10 Oktober 2025: Telah diadakan Sesi Pembentangan Laporan Akhir Projek InnoHub oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan bertajuk “Drone Frame Kit Made up of Natural Fiber” bersama penyelidik pasaran, Encik Navaneetha Krishna a/l Chandran dan Encik Yavinaash Naidu a/l Saravanakumar.
 
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras Program InnoHub serta Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
 
Pihak Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan pengkomersialan harta intelek projek ini serta penamatan aktiviti bimbingan di bawah Program InnoHub. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada YBhg. Prof. dan pasukan penyelidik atas komitmen serta dedikasi yang telah diberikan sepanjang berada di bawah bimbingan program ini.
 
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meneroka lebih banyak peluang dan saluran pengkomersialan harta intelek yang telah dihasilkan.

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (11:39:57am-11:44:57am, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]