12 September 2025 : Telah dilaksanakan Sesi Pembentangan Laporan Akhir Projek InnoHub oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor ( Web-based AR Product Visualization ) . Pembentangan laporan akhir ini telah disampaikan oleh Penyelidik Pasaran, Encik Abdul Haqim Lai bin Mohd Fikri Lai.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras Program InnoHub, serta turut dihadiri oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
Pihak Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan pengkomersialan harta intelek serta penamatan aktiviti bimbingan di bawah Program InnoHub. Putra Science Park juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. dan pasukan penyelidik atas komitmen serta dedikasi sepanjang berada di bawah bimbingan program ini.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meneroka lebih banyak peluang dan saluran pengkomersialan harta intelek yang telah dihasilkan.
Date of Input: 12/09/2025 |
Updated: 12/09/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING