Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP 2) Fasa 2 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP 2) Fasa 2

Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP 2) Fasa 2

18 November 2025 – Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP 2) Fasa 2 telah diadakan di Putra Science Park melibatkan dua penyelidik, Prof. Madya Dr. Maimunah Binti Sanny dan Dr. Ahmad Haniff Bin Jaafar, yang membentangkan perkembangan projek serta menerima maklum balas daripada panel penilai. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman (Timbalan Pengarah Pembangunan & Perniagaan) bersama panel penilai iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley (Timbalan Pengarah Promosi & Pengurusan Harta Intelek), Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar (Ketua Seksyen InnoHub) dan Pn. Norliyana Binti Kamarudin (Ketua Seksyen Pemindahan Teknologi & Pengkomersilan).
 
Panel memberikan ulasan dan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh hala tuju projek. Sesi ini turut menjadi platform penting untuk menilai pencapaian penyelidik dalam aspek pengkomersilan teknologi serta meningkatkan kualiti pelaksanaan projek menjelang fasa seterusnya.

Date of Input: 18/11/2025 | Updated: 18/11/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:26:43am-08:31:43am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]