7 Januari 2025- telah berlangsung Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Projek InnoHub Fasa 1: Kohort September 2024, yang menampilkan projek penyelidikan bertajuk “Market Validation and Commercialization Strategy for Agro Pulse Twin Hub: Leveraging Digital Twin Technology in Agriculture” oleh YBrs. Gs. Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf.
Projek ini memberi tumpuan kepada penerokaan dan strategi pengkomersialan inovasi Agro Pulse Twin Hub, yang menggunakan teknologi digital twin bagi memperkasakan sektor pertanian. Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber, produktiviti tanaman, dan pengurangan risiko melalui simulasi berasaskan data masa nyata.
Sesi pembentangan ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, selaku Penyelaras InnoHub, dan berlangsung dalam suasana penuh profesionalisme serta kolaborasi. Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan oleh Penyelidik Teknikal sepanjang sesi pembentangan.
Putra Science Park UPM terus komited dalam menyokong penyelidik UPM dan rakan industri melalui program InnoHub. Kami yakin usaha sebegini dapat memperkukuhkan impak inovasi UPM di peringkat nasional dan antarabangsa.
Date of Input: 09/01/2025 | Updated: 09/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia