Pada 10 Januari 2025, Sesi Pembentangan Laporan Kemajuan Projek InnoHub Fasa 1 bagi Kohort September 2024 telah berjaya diadakan untuk dua projek di bawah Program InnoHub. Projek yang terlibat ialah:
Sesi pembentangan ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, selaku Penyelaras InnoHub. Sepanjang sesi berlangsung, para penyelidik telah berkongsi maklumat terkini berkaitan perkembangan projek mereka, termasuk hasil kajian, strategi komersialisasi, dan perancangan masa depan bagi merealisasikan potensi produk.
Putra Science Park (PSP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Para Penyelidik , atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memastikan pembentangan berjalan lancar. Sokongan berterusan dan kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam menjayakan usaha pengkomersialan teknologi UPM melalui platform InnoHub.
Sesi ini turut memperkukuhkan peranan PSP sebagai pemacu inovasi dan penghubung strategik antara universiti, industri, dan masyarakat. Dengan usaha ini, projek-projek inovasi UPM diharapkan mampu memberikan impak positif yang signifikan, terutama dalam sektor perubatan dan pembinaan mampan.
Date of Input: 13/01/2025 | Updated: 13/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia