Pada 20 Januari 2025 (Selasa), telah berlangsung Sesi Penilaian Laporan Kemajuan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) bagi Batch 5/2024/1/01 secara atas talian. Sesi ini bertujuan menilai kemajuan projek penyelidikan yang menerima dana di bawah skim GPPP, dengan fokus terhadap pencapaian teknikal, potensi pengkomersilan, dan strategi pembangunan produk yang telah dirancang oleh penyelidik.
Penilaian bagi sesi ini telah dijalankan oleh panel pakar yang terdiri daripada Prof. Dr. Samsilah Roslan, Dr. Nor Shafizah Ishak, dan Prof. Dr. Ina Salwany Md Yasin. Mereka telah memberikan maklum balas serta cadangan penambahbaikan kepada penyelidik bagi memastikan setiap projek dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan berpotensi untuk dikomersilkan.
Sesi ini juga menjadi platform penting bagi penyelidik untuk membentangkan perkembangan projek masing-masing serta mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada panel penilai. Dengan adanya sesi penilaian berkala seperti ini, diharapkan setiap projek di bawah GPPP dapat terus berkembang secara sistematik dan memenuhi keperluan industri serta pasaran.
Putra Science Park merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyelidik yang telah membentangkan laporan kemajuan projek mereka, serta kepada panel penilai atas komitmen dan kepakaran yang diberikan sepanjang sesi pembentangan berlangsung. Diharapkan program ini dapat terus menyokong ekosistem inovasi dan pengkomersilan di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta memperkukuh jaringan kerjasama antara penyelidik dan pihak industri.
Date of Input: 21/01/2025 | Updated: 21/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia