Sesi Perbincangan Merangka Spesifikasi Penjurian Pertandingan IdeaVault Bersama Taskforce UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Sesi Perbincangan Merangka Spesifikasi Penjurian Pertandingan IdeaVault Bersama Taskforce UPM

Sesi Perbincangan Merangka Spesifikasi Penjurian Pertandingan IdeaVault Bersama Taskforce UPM

Serdang, 19 Disember 2024 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan sesi perbincangan bersama pasukan taskforce UPM, yang terdiri daripada pensyarah pelbagai fakulti, bagi merangka spesifikasi penjurian pertandingan IdeaVault. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kerangka penilaian yang menyeluruh dan berintegriti bagi mengenal pasti idea-idea inovasi yang berpotensi besar.
 
Sesi perbincangan ini menghimpunkan tenaga pakar UPM daripada pelbagai disiplin untuk memastikan kriteria penilaian pertandingan mencakupi elemen-elemen penting seperti kreativiti, impak, kebolehpasaran, dan kesinambungan idea. Selain itu, perbincangan turut memberi perhatian kepada pembinaan sistem pemberian markah yang objektif serta panduan pelaksanaan proses penjurian yang telus dan profesional.
 
Kolaborasi bersama pensyarah UPM ini adalah bukti komitmen universiti dalam memperkukuhkan ekosistem inovasi dan memastikan standard penilaian IdeaVault setanding dengan pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa.
 
Pertandingan IdeaVault, yang bakal dilancarkan pada awal 2025, diharapkan menjadi platform bagi mencungkil bakat baharu serta menyokong agenda inovasi dan penyelidikan UPM. PSP UPM terus berusaha membangunkan inisiatif strategik seperti ini untuk memperkukuh peranan UPM sebagai hab kecemerlangan inovasi di peringkat nasional dan global.
 

Date of Input: 19/12/2024 | Updated: 19/12/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (06:02:33pm-06:07:33pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]