4 Jun 2025- Telah berlangsung sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) bagi program Growmatch 2025 bagi projek Prof Madya Dr Maimunah Sanny . Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof Madya Siti Rahayu Hussin (Penyelaras InnoHub) diikuti oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar (Ketua Seksyen InnoHub), yang turut memberikan panduan serta maklum balas berstruktur kepada peserta bagi memperkemaskan pembentangan pitch deck mereka.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Growmatch 2025 yang bertujuan untuk membina keupayaan penyelidik terutamanya bidang asas tani dalam mempersembahkan hasil penyelidikan mereka secara profesional dan berimpak tinggi kepada pihak berkepentingan termasuk pelabur, industri, dan pembuat dasar.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi strategik serta memperkukuh nilai komersial dan kebolehpasaran projek penyelidikan mereka.
Date of Input: 05/06/2025 | Updated: 05/06/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia