28 Mei 2025- Telah berlangsung sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) bagi program Growmatch 2025 bagi projek Prof Madya Dr Natrah Fatin Binti Mohd Ikhsan yang telah diwakili oleh Penyelidik Pasarannya iaitu Puan Maya Liyana Hamzah.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof Madya Siti Rahayu Hussin (Penyelaras InnoHub) diikuti oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar (Ketua Seksyen InnoHub) dan Puan Noor Fadilah Ayu Binti Wichi (Pegawai Eksekutif Seksyen InnoHub), yang turut memberikan panduan serta maklum balas berstruktur kepada peserta bagi memperkemaskan pembentangan pitch deck mereka.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Growmatch 2025 yang bertujuan untuk membina keupayaan penyelidik terutamanya bidang asas tani dalam mempersembahkan hasil penyelidikan mereka secara profesional dan berimpak tinggi kepada pihak berkepentingan termasuk pelabur, industri, dan pembuat dasar.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi strategik serta memperkukuh nilai komersial dan kebolehpasaran projek penyelidikan mereka.
Date of Input: 28/05/2025 |
Updated: 28/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING