27 Mei 2025- Telah berlangsung sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) bagi program Growmatch 2025 untuk projek Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail. Sesi ini telah dipengerusikan oleh PM Siti Rahayu Hussein (Penyelaras InnoHub) dan Puan Noor Fadilah Ayu Binti Wichi (Pegawai Eksekutif Seksyen InnoHub), yang turut memberikan panduan serta maklum balas berstruktur kepada peserta bagi memperkemaskan pembentangan pitch deck mereka.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Growmatch 2025 yang bertujuan untuk membina keupayaan penyelidik terutamanya bidang asas tani dalam mempersembahkan hasil penyelidikan mereka secara profesional dan berimpak tinggi kepada pihak berkepentingan termasuk pelabur, industri, dan pembuat dasar.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi strategik serta memperkukuh nilai komersial dan kebolehpasaran projek penyelidikan mereka.
Date of Input: 27/05/2025 | Updated: 27/05/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia