»
NEWS » Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM, Hakcipta “HyperspecGlu†di antara UPM dengan IPMA Industry Sdn. Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila binti Hashim dari Fakulti Kejuruteraan.
30 Januari 2026: Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM, Hakcipta “HyperspecGlu” di antara UPM dengan IPMA Industry Sdn. Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila binti Hashim dari Fakulti Kejuruteraan.
â Inovasi ini merupakan satu aplikasi pintar yang dinamakan “HyperspecGlu” untuk menentukan kualiti beras pulut. Aplikasi ini mendedahkan satu kaedah penentuan kualiti beras pulut dengan menggunakan teknologi (hyperspectral imaging).
Teknologi ini membolehkan analisis yang sangat terperinci terhadap ciri-ciri fizikal dan kimia beras pulut dengan ketepatan yang tinggi. Aplikasi pintar ini menggabungkan keupayaan pengiraan yang canggih daripada perisian MATLAB dan teknologi hyperspectral imaging untuk menjalankan analisis. Gabungan ini menjadikan “HyperspecGlu” sebuah alat yang mampu menilai kualiti beras secara pantas dan tepat. Antara parameter utama kualiti beras pulut yang dapat dianalisis melalui aplikasi ini termasuk tenaga (energy), kandungan lembapan (moisture), protein, lemak (fat), perubahan warna (colour change), dan golden index. Oleh itu, aplikasi ini menawarkan satu penyelesaian menyeluruh untuk pemantauan, kawalan dan penilaian kualiti beras pulut secara pantas dan efisien. Ia sangat berguna dalam industri pemprosesan dan penghasilan beras untuk memastikan kualiti produk sentiasa berada pada tahap terbaik.
Perjanjian ini ditandatangani ditandatangani oleh Ong Ree Sheng selaku Pengarah IPMA Industry Sdn. Bhd. disaksikan oleh Ong Ree Guang. Majlis ini telah dihoskan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi), Putra Science Park.
Date of Input: 30/03/2026 |
Updated: 30/03/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING