13 November 2025 : Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM Iaitu Intravenous Catheter Protector (Paten) oleh syarikat Brainnovyte Sdn.Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Dr. Adi Azriff Basri dari Fakulti Kejuruteraan, UPM.
IVC Protector ini adalah satu peranti perubatan untuk melindungi kawasan cucukan jarum pada pesakit, khususnya untuk memastikan dan melindungi jarum intravena (IV) supaya tidak mudah bergerak atau tertarik secara tidak sengaja semasa digunakan. Ini dapat mengurangkan risiko jarum tercabut serta masalah lain yang mungkin berlaku akibat pergerakan tersebut.
Rekaan ini didapati terbukti 70% lebih jaminan keselamatan penggunaan berbanding pita pelekat telus yang digunakan sebagai kaedah semasa dan lebih kos efektif. Teknologi ini juga telah digunakan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM sebagai ujian dan kajian lapangan.
Perjanjian ditandatangani oleh Dr. Ernnie Illyani Basri selaku Ketua Pegawai Eksekutif & wakil saksi dari syarikat iaitu En. Nor’azlan Bin Mohd Zain selaku Penasihat Perniagaan Brainnovyte Sdn.Bhd).
Majlis ini telah di hos kan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).
Date of Input: 13/11/2025 |
Updated: 13/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING