Slot Tandatangan Perjanjian Pelesenan Bagi Teknologi UPM Iaitu Modul Teknologi Penghasilan & Pemprosesan Makanan Organik Oleh Syarikat Halways Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM iaitu Modul "Teknologi Penghasilan & Pemprosesan Makanan Organik oleh syarikat Halways Sdn. Bhd.

Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM iaitu Modul "Teknologi Penghasilan & Pemprosesan Makanan Organik oleh syarikat Halways Sdn. Bhd.

22 Januari 2026 : Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM iaitu Modul "Teknologi Penghasilan & Pemprosesan Makanan Organik oleh syarikat Halways Sdn. Bhd. iaitu syarikat pemula yang ditubuhkan di bawah Program InnoHub di bawah naungan Putra Science Park,UPM. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan penyelidikan Prof. Dr. Shuhaimi Bin Mustafa dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul),UPM

Teknologi ini merangkumi satu sistem inovatif bersepadu yang dibangunkan untuk menyokong pengeluaran makanan organik secara lestari merentasi sektor pertanian, penternakan, dan akuakultur. Produk yang terhasil daripada teknologi ini dijenamakan dengan penjenamaan strategik iaitu “THOHIRA” yang berupaya meningkatkan produktiviti, kualiti dan keselamatan makanan, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara serta memperkukuh kelestarian sistem bekalan makanan nasional.

Perjanjian ditandatangani oleh Dr. Muhamad Akhmal Hakim Bin Roslan selaku Pengarah Halways Sdn. Majlis ini telah di hos kan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).

Date of Input: 22/01/2026 | Updated: 22/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (03:44:12pm-03:49:12pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]