9 Julai 2025 : Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM Iaitu Trichomax (Trade Secret)-TS2022120501 oleh Hatikal Sdn.Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Dr. Fariz Bin Adzmi dari Institut Kajian Perladangan (IKP).
Trichomax adalah Agen Kawalan Biologi (BCA) untuk tanaman. Trichomax mengawal patogen tumbuhan dan ianya lebih praktikal dan mesra alam. Trichomax sesuai untuk pelbagai tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan tanaman perladangan. Trichomax membantu mengurangkan kebergantungan kepada racun perosak kimia dan menyokong pertanian lestari.
Perjanjian ditandatangani oleh En. Sharul Nizam Bin Khosim selaku Pengurus Operasi & wakil saksi dari syarikat iaitu En. Syamsul Anuar Bin Aminshah (Pengarah Urusan,Hatikal Sdn.Bhd). Sesi ini disaksikan oleh penyelidik bersama bagi teknologi ini iaitu Dr Khairul Mazmi Bin Ahmad, Penyelidik dari Fakulti Pertanian serta Dr. Mohd Huzairi Mohd Zainudin, penyelidik dari Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)
Majlis ini telah di hos kan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).
Date of Input: 09/07/2025 | Updated: 09/07/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia