Strategi Kerjasama Teknologi “Putra Red Tilapia”: UPM Bekerjasama Dengan PPNS Dan Rambungan Aqua Life Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Strategi Kerjasama Teknologi “Putra Red Tilapia”: UPM Bekerjasama dengan PPNS dan Rambungan Aqua Life Sdn. Bhd.

Strategi Kerjasama Teknologi “Putra Red Tilapia”: UPM Bekerjasama dengan PPNS dan Rambungan Aqua Life Sdn. Bhd.

19 Februari 2025: Mesyuarat bersama Kumpulan Penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof. Madya. Dr. Yuzine Bin Esa daripada Fakulti Pertanian, UPM bagi merangka strategi kerjasama teknologi “Putra Red Tilapia” bersama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) & Syarikat yang akan melesenkan teknologi ini iaitu Rambungan Aqua Life Sdn.Bhd.
 
Teknologi ini adalah baka baru terhasil daripada persilangan antara betina tilapia dan jantan tilapia hibrid merah untuk menggabungkan ciri-ciri unggul tilapia seperti pertumbuhan pantas, dengan warna badan merah yang sangat digemari oleh pengguna di Malaysia.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Perubatan & Kesihatan, Teknologi Makanan)

Date of Input: 19/02/2025 | Updated: 19/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:06:01pm-12:11:01pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]