SYARIKAT START-UP UPM HASILKAN AISKRIM MISAI KUCING | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » SYARIKAT START-UP UPM HASILKAN AISKRIM MISAI KUCING

SYARIKAT START-UP UPM HASILKAN AISKRIM MISAI KUCING

Sumber Astro Awani

 

SERDANG, 14 Mei – Syarikat start-up UPM di bawah program InnoHub Putra Science Park UPM iaitu Proville Tech Sdn Bhd telah berjaya memperkenalkan produk ais krim berasaskan teh Misai Kucing yang kaya dengan pelbagai khasiatnya.

 

Penggunaan Misai Kucing sudah tidak asing lagi terutamanya dalam merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, diabetes dan batu karang. Lazimnya, herba Misai Kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus sering ditanam sebagai pokok perhiasan kerana kecantikannya.

 

Dr. Nur ‘Aliaa Abdul Rahman dan Prof. Madya Dr. Azhari Samsu Baharuddin dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah memilih untuk menghasilkan aiskrim daripada teh Misai Kucing sebagai produk terbaharu.

 

Menurut Nur ‘Aliaa aiskrim tersebut terhasil daripada proses bancuhan sejuk daun teh Misai Kucing selama 20 jam sebelum teh yang terhasil diproses menjadi aiskrim.

 

“Aiskrim ini juga diformulasi dengan kalori yang rendah memandangkan produk yang dihasilkan daripada AppetitTM berdasarkan kesihatan. Aiskrim AppetitTM mula berada dipasaran pada November 2020 merupakan salah satu hasil inovasi teknologi daripada UPM.

 

“Inovasi aiskrim ini mengekalkan rasa semula jadi Misai Kucing serta khasiatnya dan kita dalam proses menghasilkan label pada produk. Kita akan mula pasarkan perisa Misai Kucing ini pada awal Jun hadapan,” katanya.

Beliau berkata antara Aiskrim AppetitTM yang sudah dikomersialkan dan dipaternkan di pasaran di bawah cawangan Appetit Village ialah seperti  Musang King, D24, durian kampung, Cempedak, Nangka madu dan pelbagai lagi.

 

Sementara itu, Azhari berkata dengan adanya UPM sebagai salah satu universiti yang mempunyai sumber agrikultur yang boleh menghasilkan produk berasaskan herba, AppetitTM Misai Kucing mampu bersaing dengan produk keluaran lain di pasaran.

 

“Pemilihan bahan-bahan dalam aiskrim dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan aiskrim berasaskan kesihatan yang mempunyai kualiti tekstur dan rasa yang setanding dengan jenama komersial lain di pasaran,” katanya.

 

Bagi peminat aiskrim boleh dapatkan Aiskrim di AppetitTM Village di Saujana Impian Kajang atau melayari laman sosial Appetit Village HQ (Facebook) dan @appetitvillage_hq (Instagram) untuk maklumat lanjut. Dalam pada itu, Azhari juga berkata cawangan AppetitTM Village bakal mempunyai cawangan lain di Shah Alam, Putrajaya, Melaka, Kuantan, dan Kelantan

Date of Input: 17/05/2022 | Updated: 17/05/2022 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
CVHDNA:13:05