»
NEWS » Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Maimunah binti Sanny dari Fakulti Sains & Teknologi Makanan, UPM, yang meraih Naib Johan Anugerah Usahawan Penyelidikan MCY 2024
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah meraih Naib Johan Anugerah Usahawan Penyelidikan sempena Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2024. Pengiktirafan berprestij ini disampaikan oleh YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, pada majlis penutupan National Innovation & Commercialisation Exhibition (NICE) 2025 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Produk inovasi beliau, iaitu Dhyancare Moringa Plus Softgel dan Moringa Collagen Peptide Botanical Drink Powder, telah berjaya dikomersialkan melalui MyBio Beauty & Health Sdn. Bhd, sebuah startup di bawah InnoHub UPM. Kejayaan ini membuktikan potensi herba tempatan dalam pembangunan produk berimpak tinggi serta menonjolkan usaha UPM dalam memacu budaya inovasi dan pengkomersialan penyelidikan.
UPM mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Maimunah atas dedikasi dan usaha cemerlang beliau. Pencapaian ini diharap menjadi inspirasi kepada generasi penyelidik dan usahawan muda, sejajar dengan aspirasi universiti untuk terus memacu inovasi, pengkomersialan, dan pembangunan industri bioteknologi tempatan yang mampan.
Date of Input: 10/10/2025 |
Updated: 10/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING