Taklimat Jawatankuasa IdeaVault IPT 2025: Langkah Awal Cetus 100,000 Idea Inovatif | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Taklimat Jawatankuasa IdeaVault IPT 2025: Langkah Awal Cetus 100,000 Idea Inovatif

Taklimat Jawatankuasa IdeaVault IPT 2025: Langkah Awal Cetus 100,000 Idea Inovatif

SERDANG, 22 April 2025 - Taklimat Jawatankuasa Kerja Penyertaan IdeaVault IPT (UA dan GLU) di bawah Festival Idea Putrajaya 2025 telah dilaksanakan oleh sekretariat IdeaVault UPM secara atas talian.

Taklimat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPIV IPT 2025, Inv. Asrizam Esam serta dihadiri oleh Timbalan Pengerusi JKPIV IPT 2025, En. Arif Hadi Abdul Latib; Setiausaha JKPIV IPT 2025, Pn. Norliyana Abd Karim dan En. Mazlan Jamali, Penyelaras I Penyertaan IdeaVault Universiti 2025. Turut sama mengikuti taklimat ini ialah ahli jawatankuasa yang telah dipilih daripada 23 buah IPT (UA dan GLU) seluruh Malaysia.

Secara ringkasnya, IdeaVault adalah program yang bertujuan mengumpulkan 100,000 idea inovatif rakyat Malaysia yang meliputi pelbagai golongan antaranya pelajar sekolah, universiti, warga komuniti, penjawat awam dan swasta tanpa mengira bangsa. IdeaVault juga diwujudkan bagi menggalakkan cetusan dan pengumpulan pelbagai idea hebat yang boleh direalisasikan. Inisiatif ini bertujuan membudayakan penyelesaian masalah yang praktikal, boleh diimplementasi, realistik dan efektif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mempromosikan IdeaVault di institusi masing-masing bagi menjayakan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi agar mencapai penyertaan yang memberangsangkan di kalangan warga IPT.

Date of Input: 23/04/2025 | Updated: 02/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:56:35pm-09:01:35pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]