1 Julai 2025: Telah berlangsung Sesi Pembentangan Pelanjutan Tempoh Projek Kohort Januari 2024 bagi projek _ “Commercialization of an Online Course and Workshop (Module: Procrastinate to Productive – Thesis Writing Mastery)” yang dibentangkan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri di bawah Program InnoHub.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras Program InnoHub, dan turut dihadiri oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelidik Teknikal dan Penyelidik Pasaran atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pembentangan ini.
Tahniah diucapkan atas pencapaian memberangsangkan projek ini dalam proses market validation yang sedang berlangsung.
Date of Input: 01/07/2025 |
Updated: 01/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING