24 Februari 2026: Telah dilaksanakan Sesi Pembentangan Laporan Akhir dua (2) Projek InnoHub Kohort September 2024 iaitu :
1. YBhg. Prof. Dr. Norhashila Hashim (Synthesis and characterization of stingless bee honey nanoparticles as a bioactive agent for wound dressing application)
2. YBhg. Prof. Dr. Nurulfiza Mat Isa (CRISPR/Cas9 LIVE ATTENUATED FOWL ADENOVIRUS SEROTYPE 8B (FAdV-8b) VACCINE)
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub,PSP.
Pihak Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan penamatan aktiviti bimbingan di bawah Program InnoHub. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada YBhg. Prof. dan pasukan penyelidik atas komitmen serta dedikasi yang telah diberikan sepanjang berada di bawah bimbingan program ini.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meneroka lebih banyak peluang dan saluran pengkomersialan harta intelek yang telah dihasilkan.
Date of Input: 25/02/2026 |
Updated: 25/02/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING