UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TASK FORCE PENGKOMERSILAN INOVASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TASK FORCE PENGKOMERSILAN INOVASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TASK FORCE PENGKOMERSILAN INOVASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TASK FORCE PENGKOMERSILAN INOVASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
 
 
Ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Task Force Pengkomersilan Inovasi UPM atas lantikan ini. Lantikan ini adalah bertujuan menjadi pegawai penghubung dalam mengenalpasti inovasi PTJ yang berpotensi tinggi untuk difailkan dan dikomersialkan dengan kerjasama Putra Science Park, di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.
 
Taskforce Pengkomersilan Inovasi UPM ini di wujudkan agar menjadi pelapis dalam kumpulan bakat untuk dilatih dalam selok belok pemfailan dan perlindungan harta intelek serta urusan yang berkaitan dengan pemindahan teknologi dan pemgkomersilan inovasi universiti. Selain itu juga , membantu memberi latihan dan nasihat teknikal kepada penyelidik di PTJ dalam meningkatkan kesedaran dan keupayaan penyelidik untuk memahami s erta menguruskan proses pemindahan teknologi, membantu PSP dan PTJ dalam membina jaringan bersama dengan pihak luar seperti pelabur, industri dan wakil pengurusan universiti bagi aktiviti berkaitan inovasi dan pengkomersilan. Mereka juga menjadi peneraju latihan pembangunan inovasi modal insan dan pembangunan bakat (talent development) oleh pihak Putra Science Park, UPM.
 
Terima kasih atas sokongan berterusan dan memastikan matlamat UPM untuk menjana ekonomi negara melalui hasil pengkomersilan dan inovasi penyelidikan dapat dicapai. Tahniah diucapkan.
 

Date of Input: 13/09/2024 | Updated: 13/09/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:32:03pm-08:37:03pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]