Universiti Putra Malaysia (UPM) Menjadi Tuan Rumah Bagi International Conference And Exhibition On Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah bagi International Conference and Exhibition on Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025)

Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah bagi International Conference and Exhibition on Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025)

SERDANG, 12 November 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah bagi International Conference and Exhibition on Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025) yang berlangsung di Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program ini menghimpunkan penyelidik, pakar, dan peminat teknologi dari pelbagai institusi bagi membincangkan perkembangan terkini dalam kriptografi pasca-kuantum. Antara penyelidik dan inovasi UPM yang turut serta ialah Carilab, pencetus inovasi e-dagang berasaskan carian makmal berpusat, yang mempamerkan teknologi mereka kepada peserta dan pihak industri.
 
Selain itu, pameran ini turut menampilkan penyelidik dari startup InnoHub UPM, termasuk Moryga dan Mr MoleC, yang memperkenalkan inovasi mereka dalam bidang teknologi dan penyelidikan. Kehadiran mereka bukan sahaja membuka peluang kolaborasi dengan pihak industri, tetapi juga membolehkan pengunjung menilai potensi komersialisasi produk dan penyelidikan terkini daripada UPM. Program ini secara keseluruhannya menekankan peranan universiti sebagai pemacu inovasi dan teknologi masa hadapan.

Date of Input: 12/11/2025 | Updated: 12/11/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:07:34pm-01:12:34pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]