UPM Anjur Seminar Kredit Karbon & ESG Perkasa Kelestarian Alam Sekitar 

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi INTROP menganjurkan seminar Carbon Credit and ESG Ecosystem bagi memupuk kesedaran dan tindakan bersama dalam isu perubahan iklim dan ekonomi rendah karbon.


Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menegaskan pentingnya penyelidikan dan penglibatan komuniti untuk masa depan lestari. Dato’ Dr. Tan Yew Chong dan Dato’ Prof. Dr. H’ng Paik San turut mengetengahkan peranan prinsip ESG dan 5C dalam memperkukuh keseimbangan antara alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Seminar ini menjadi platform penting untuk pemindahan ilmu antara akademia dan industri demi planet yang lebih hijau. 

Date of Input: 19/05/2025 |
Updated: 19/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING