UPM Dan DNB Raih Geran 5G Enterprise & AI Cities Daripada Kementerian Digital Di ASEAN AI Malaysia Summit 2025 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » UPM dan DNB Raih Geran 5G Enterprise & AI Cities daripada Kementerian Digital di ASEAN AI Malaysia Summit 2025

UPM dan DNB Raih Geran 5G Enterprise & AI Cities daripada Kementerian Digital di ASEAN AI Malaysia Summit 2025

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama rakan strategik, Digital Nasional Berhad (DNB), melakar kejayaan membanggakan apabila menerima geran 5G Enterprise & AI Cities daripada Kementerian Digital sempena ASEAN AI Malaysia Summit 2025. Geran tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, kepada wakil UPM, YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, sebagai pengiktirafan kepada potensi besar projek ini dalam memacu pembangunan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.
 
Mungkin imej 5 orang dan teks yang berkata 'MINISTRY OF DIGITAL 5G Entenrise Ent prise & AI Cit nt ስቲ205 2 rdr d 3. 5G> ol UniverstiPutraMalaysia(UPM) UniversitiPutraMalaysia(UPM) 5GEnterprise&A 5G SGEnterprise&AlCitiesGrant itiesGrant n AFtreConnected'
 
UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Digital atas kelulusan geran berprestij ini, yang sekali gus membuktikan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan UPM dan DNB dalam memacu penyelidikan bertaraf dunia. Sokongan ini diyakini akan mempercepatkan pelaksanaan projek strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan teknologi negara serta menyokong aspirasi Malaysia menuju status ekonomi digital berpendapatan tinggi.
 
Mungkin imej 8 orang dan teks
 
Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada rakan kolaborasi UPM, Digital Nasional Berhad (DNB), atas komitmen dan kerjasama erat yang telah terjalin dalam merealisasikan projek ini. Melalui sinergi antara kepakaran akademia UPM dan infrastruktur 5G oleh DNB, inisiatif ini dijangka mencipta penyelesaian inovatif yang dapat digunakan dalam pelbagai sektor seperti pertanian pintar, pengurusan bandar, dan pembangunan industri berasaskan teknologi tinggi.
 
Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Date of Input: 14/08/2025 | Updated: 14/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:57:24pm-04:02:24pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]