Serdang, 26 Mac 2025 – Putra Science Park (PSP), UPM telah mengadakan mesyuarat atas talian bersama Meta Biosciences Sdn. Bhd. bagi membincangkan kerjasama penjualan harta intelek teknologi “Tb NanoSens Test Kit” serta potensi perlindungan harta intelek baharu bagi kolaborasi ini.
Teknologi “Tb NanoSens Test Kit” merupakan inovasi hasil penyelidikan Prof. Dr. Nor Azah Binti Yusof dari Fakulti Sains, UPM. Kit ujian ini membolehkan pengesanan pantas penyakit Tuberkulosis (TB) yang disebabkan oleh bacillus Mycobacterium tuberculosis, dengan keputusan dapat diperoleh dalam tempoh lima minit menggunakan sistem penglihatan mata kasar.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP UPM. Pihak Meta Biosciences Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Rozabil, serta Dr. Ain Bin Talib. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), Puan Ashida Otman (Pegawai, Seksyen Harta Intelek), dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi (Pegawai, Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan - Kluster Pertanian, Makanan, Perubatan & Kesihatan).
Perbincangan ini menekankan strategi pemasaran dan pengkomersilan teknologi ini, selari dengan matlamat UPM untuk membawa inovasi berimpak tinggi ke pasaran serta menyokong usaha kawalan penyakit berjangkit secara lebih efektif dan pantas.
Date of Input: 26/03/2025 | Updated: 26/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia