UPM InnoHub CEO Co-Founder Search Day 2025 Berjaya Himpun Industri & Bakat Perniagaan | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » UPM InnoHub CEO Co-Founder Search Day 2025 Berjaya Himpun Industri & Bakat Perniagaan

UPM InnoHub CEO Co-Founder Search Day 2025 Berjaya Himpun Industri & Bakat Perniagaan

Serdang, 18 Februari 2025 – Seksyen InnoHub, Putra Science Park telah menganjurkan UPM InnoHub CEO Co-Founder Search Day bagi mencari CEO yang berpotensi untuk menerajui syarikat dan projek di bawah Program InnoHub.

Program ini turut membuka peluang kepada peserta untuk membina rangkaian dengan pihak industri. Sebanyak 11 syarikat/projek dan 16 staf UPM telah mengambil bahagian dalam sesi pitching, manakala seramai 35 jemputan daripada pelbagai sektor termasuk bakat perniagaan, agensi kerajaan, dan industri hadir bagi menyokong aktiviti ini.

Putra Science Park mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, termasuk Kolej Mara Bandar Melaka, Putra Business School, Sekolah Pengajian Siswazah, Asia School of Business, serta panel industri, Encik Ahmad Zakir Dato' Wira Jaafar.

Diharapkan aktiviti ini memberi manfaat kepada syarikat pemula dan projek di bawah Program InnoHub dalam usaha membangun dan mengembangkan inovasi ke pasaran.

Date of Input: 19/02/2025 | Updated: 19/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (02:52:17pm-02:57:17pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]