UPM Jalin Kerjasama Pelesenan Teknologi Varieti Baharu Tumbuhan 'Axon Putra 001' | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Jalin Kerjasama Pelesenan Teknologi Varieti Baharu Tumbuhan 'Axon Putra 001'

UPM Jalin Kerjasama Pelesenan Teknologi Varieti Baharu Tumbuhan 'Axon Putra 001'

7 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui UPM Innovations Sdn. Bhd. telah mengadakan mesyuarat bersama Satiri Sdn. Bhd. bagi membincangkan kerjasama pelesenan teknologi bagi varieti baharu tumbuhan, “Axon Putra 001.” Teknologi ini merupakan hasil penyelidikan Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Juraimi dari Fakulti Pertanian UPM.

Axon Putra 001 adalah varieti baharu daripada spesies Axonopus compressus, yang lebih dikenali sebagai Rumput Lembu, Rumput Karpet, atau Rumput Parit. Ia digunakan secara meluas di padang, termasuk di kawasan sekolah, kerana ketahanan dan sifatnya yang sesuai untuk kegunaan landskap serta penyelenggaraan kawasan hijau.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Nur Nasimi Abdul Latif dari UPM Innovations bersama Puan Azean Irdawati Mukhtar selaku wakil UPM Innovations Sdn. Bhd. Pihak Satiri Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besarnya, Ts. Nordin Bin Ab Rahman. UPM turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park serta Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Makanan, Perubatan & Kesihatan).

Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh usaha pemindahan teknologi dari UPM ke industri, sekaligus memberikan impak positif kepada sektor pertanian dan landskap di Malaysia. Pelesenan teknologi ini bakal membuka peluang komersialisasi yang lebih luas untuk penggunaan rumput berkualiti tinggi dalam pelbagai aplikasi landskap dan sukan.

Date of Input: 10/02/2025 | Updated: 10/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:31:01pm-09:36:01pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]