7 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan perbincangan kerjasama strategik dengan B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd. bagi meneroka peluang kolaborasi dalam bidang kejuruteraan perubatan dan pengkomersialan teknologi. Perbincangan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Pengarah RMC, bersama delegasi B. Braun serta beberapa pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains serta Penyelaras InnoHub.
Dalam sesi ini, InnoHub telah mencadangkan beberapa peluang kerjasama, termasuk penyertaan B. Braun dalam Hari Pitching oleh Founder, jemputan pakar B. Braun sebagai penceramah bagi Sesi InnoHub Talk, serta peranan sebagai rakan strategik bagi syarikat pemula dan R&D.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan industri, meningkatkan penyelidikan dan inovasi, serta memberi impak positif kepada penyelidik UPM dan sektor kesihatan di Malaysia.
Date of Input: 10/02/2025 | Updated: 10/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia