UPM Lancar Produk Inovasi Suxus Eagle Drone Frame Kit, Bahan Gantian Dron Mesra Alam | PUTRA SCIENCE PARK 127
» NEWS » UPM lancar produk inovasi Suxus Eagle Drone Frame Kit, bahan gantian dron mesra alam

UPM lancar produk inovasi Suxus Eagle Drone Frame Kit, bahan gantian dron mesra alam

 

SERDANG, 30 Julai – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan produk inovasi dron Suxus Eagle Drone Frame Kit yang menggunakan bahan gantian dron mesra alam dengan menggunakan serat kenaf.

Ketua penyelidik, Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan berkata tekstur semula jadi yang terhasil daripada serat kenaf ini dapat mewujudkan aspek reka bentuk yang menarik serta sesuai dengan pengguna dan industri yang peka terhadap alam sekitar.
“Inovasi bahan gentian dron tersebut memberi manfaat kepada pihak industri serta dapat mendorong industri lain untuk meneroka bahan mesra alam alternatif untuk produk mereka dan dapat menjimatkan kos penghasilan sesebuah dron secara konvensional,” katanya.
 
Tambah beliau, bahan gantian dron tersebut adalah inovasi pertama seumpamanya yang menggunakan bahan gantian semula jadi daripada serat kenaf antaranya serat daun nanas.
 
“Selain itu bahan gantian dron dari serat kenaf dapat di peroleh daripada pokok jenis Hibiscus Cannabinus menjadikannya sumber yang boleh diperbaharui dan dengan penggunakan bahan Istimewa ini ian dapat memberi nilai estetik yang berbeza daripada dron konvensional yang di perbuat dari bahan sintetik,” katanya.
 
 
 
Dalam pada itu, kit gentian dron tersebut dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar tidak seperti pembinaan dron yang konvensional dan proses pengeluarannya memerlukan penggunaan tenaga yang kurang.
 
Hasil penyelidikan produk inovasi ini adalah hasil kolaborasi diantara penyelidik UPM bersama Syarikat ROBOTICS 88 yang berpengkalan di Rhode Island, Amarika Syarikat.
Sementara itu, Majlis Pelancararan Produk Inovasi Bahan Gantian Dron Suxus Eagle Drone Frame Kit telah berlangsung di PSP, UPM yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi. Turut hadir, Pengarah PSP, UPM, Prof. Dr. Samsilah Roslan.
 

 

 

Date of Input: 04/08/2024 | Updated: 04/08/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (12:25:54am-12:30:54am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]