UPM-LMTJT China Perkasa Kerjasama Teknologi Freestone Untuk Pembinaan Mampan | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM-LMTJT China Perkasa Kerjasama Teknologi Freestone untuk Pembinaan Mampan

UPM-LMTJT China Perkasa Kerjasama Teknologi Freestone untuk Pembinaan Mampan

SERDANG, 18 April 2025 - Mesyuarat Susulan berkenaan Projek Freestone di antara UPM dan LMTJT China telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada China iaitu Puan Vicky Hung Yichen (Pengarah JC Logistics Management Sdn. Bhd., cawangan Malaysia), Puan Ir. Maznah Sahran (Pengarah Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM), Encik Nazaruddin Ramli (Pegawai Khas TNCHEPA UPM), Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad (Pensyarah Kanan FRSB), Encik Muhamad Syakir Mahadzir dan Encik Mahmoud Bghdadi (Felo Pengajar FRSB) serta Pn. Norliyana Abd Karim (Pegawai Tadbir PSP).
 
Projek Freestone ialah salah satu projek yang dibawa oleh TNCHEPA dan akan diterajui oleh FRSB. Projek ini memfokuskan kepada pembinaan bangunan menggunakan freestone yang dihasilkan oleh syarikat Jiangsu Wangpei Building Materials Technology Co. Ltd. Teknologi ini telah digunakan secara meluas di China. Oleh itu, kolaborasi projek ini memberi peluang kepada UPM untuk meneroka teknologi baharu supaya dapat diperluaskan penggunaannya dalam konteks tempatan serta memperkukuh kepakaran dalam teknologi pembinaan mampan.
 
Projek Freestone ini juga berpotensi untuk meningkatkan kerjasama antara universiti dan industri antarabangsa, sekaligus berpotensi untuk penyelidikan bersama, pemindahan teknologi, dan latihan kepada pelajar serta staf akademik.

Date of Input: 21/04/2025 | Updated: 21/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:33:18pm-09:38:18pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]