UPM Mara Ke Pentas Akhir AHIN 2026 Menerusi CARILAB Dan GRAFINTOK | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Mara ke Pentas Akhir AHIN 2026 Menerusi CARILAB dan GRAFINTOK

UPM Mara ke Pentas Akhir AHIN 2026 Menerusi CARILAB dan GRAFINTOK

Universiti Putra Malaysia (UPM) terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang harta intelek apabila berjaya melangkah ke sesi penilaian peringkat akhir Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2026. Dalam sesi berprestij ini, UPM telah diwakili oleh Dr. Nor Shafizah Ishak menerusi inovasi CARILAB di bawah kategori Nadi Kreatif (Hak Cipta), manakala Prof. Dr. Lim Hong Ngee mewakili kategori Juara Jenama (Cap Dagangan) melalui inovasi GRAFINTOK.
 
May be an image of dais and text that says "UP UPM UPM UNIVERSITI UNIVERSITI/PUTRAMAL PUTRA MALAYSIA BENILNUNERBAKTI UNVERSIT.PUTRAMALAYSIA RBAKTI UNIVERSITI PUTRA UNIVERSITIPUTRAMALAYSIA PUTRAMALAYS MALAYSIA ЛMAmΙ epmatung"
 
Inovasi CARILAB menonjolkan kekuatan pembangunan karya berasaskan hak cipta yang menyokong ekosistem pendidikan dan penyelidikan. Pendekatan inovatif yang diketengahkan bukan sahaja memperkasa kandungan intelektual, malah memperlihatkan komitmen UPM dalam melindungi serta memanfaatkan hasil kreativiti akademik secara strategik dan berimpak tinggi kepada komuniti sasaran.
 
May be an image of one or more people, people studying, newsroom and text
 
Sementara itu, GRAFINTOK yang dipertandingkan di bawah kategori Juara Jenama memperlihatkan strategi penjenamaan yang kukuh dan berdaya saing. Melalui perlindungan cap dagangan yang mantap, inovasi ini berjaya meningkatkan nilai komersial serta keyakinan pasaran terhadap produk berasaskan teknologi tempatan. Kejayaan UPM mara ke peringkat akhir AHIN 2026 sekali lagi membuktikan kesungguhan universiti dalam memperkukuh budaya harta intelek sebagai pemacu inovasi dan kecemerlangan negara.

Date of Input: 12/02/2026 | Updated: 12/02/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:59:53pm-01:04:53pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]